Sunday, 26 February 2012

Absence Makes Heart Grows Fonder....

Assalamualaikum.

25/2/2012. This day perhaps is one of my best day here. Setelah stress dari pelbagai lectures yang amat la susah nak difahami, masalah duit, masalah housemates and etc.,akhirnya dapat jugak ako happy kejap.
Pada haritu, class 408/508 sesi 09/10 telah mengadakan reunion kelas. Heehe. Nak plan benda ni bukan maen susah taw. Nak kena taw sapa yang boleh pegi,kat mana and bila. Tetiba ada yang tak boleh datang la ini la. First diorang cadang nak lepak kat Mid tapi oleh sebab ako merasakan tempat itu amatlah jauh dan ako pulak satu-satunya budak kelas 8 kat Taylors (meaning ako kena gerak sorang2 nnt), ako pon mencadangkan Sunway Pyramid. Selepas beberapa masalah miscommunication and so on( malas nak citer ), akhirnya mereka2 ni pon setuju la kat S.P lepas Zohor.

Pada hari bersejarah tu, ako pegi dengan roommate ako merangkap classmate ako gak iaitu Michelle pon berangkat la pukul 12. Sesaje la nak pegi awal,konon nak lepak dulu sementara tunggu mereka2 itu sampai, ala ako kan dekat so ape salahnya. Tengok2 dalam bas, Alin tepon tanya ako kat mana and dia cakap dia & Wani dah bertolak lama dah pon. Laa, mati2 ako ingat ako yang paling awal,rupa-rupanya ada yang lagi awal. Tapi Alin & Wani bertolak je awal, tapi sampainya lambat dari ako jugak. Sesampai kat Sunway Pyramid, ako teman Michelle makan breakfast (breakfast ke tengah hari buta ?) sebabnya kami tak makan lagi pagi tadi. Ako teman je,tak makan sekali pikirkan nanti ako nak makan dengan yang laen2 plak, so reserve space dalam perut ako ni dulu. Tetibe Dalila plak kol. Dia kata dia dah sampai sekali dengan Alia,Pullah,Naqib,Hawari & Haziq. Heran ako, bukan mereka2 kata lepas Zohor ka? Kenapa lak awal plak ni? Dalam masa yang sama, ako rasa nervous nak jumpa mereka2, yelakan dah lama tak jumpa. So, bila Dalila tanya ako kat mana, ako jawab ako kat KFC padahal ako kat McD. I'm not ready yet to meet them. Then, ako paksa Michelle cepat2 makan sebab ako nak lari ke tempat laen, kalau tak terserempak gak; KFC & McD sebelah menyebelah je pon. So ako pon merantau la plak ke Tutti Fruity. Tapi Dalila ni tak mengalah gak,dok tanya gak ako kat mana jadi ako la yang terpaksa mengalah.


From left: Alia,Wani,Dalila,me.
Tengok muka happy gila

Sebelum makan. Sempat lagi. Yang warna pink tu Alin

Yang baju biru Haziq. Depan dia Pullah dan Hawari.
In McD


Make long story short, bila hampir kesemua dah datang ( minus Wafiy,KN,Adlan,Syahmi, Nasri & yang laen memang takkan datang ), kami pon makan kat McD (tapi ako beli makanan kat KFC hehe).


                                            To be continued......

Thursday, 2 February 2012

Technology Costs Fortune ! Dayumm

Assalammualaikum..
Ako dalam dilema ni...


As you know, ako kan scholar MARA buat MBBS,jadi akan diberi elaun komputer for entire pengajian yang bernilai..jeng jeng... RM3000.
Banyak ke sikit tu? Mesti la banyak. Komputer ada je tak sampai RM2000.So kirenye ako banyak la pilihan tapi kalau nak beli Apple MacBook Air tu kena topup la sikit.

MacBook Air terchenta tak dapat

Hari tu dengar talk dari Dr. Rahman merangkap dean school of medicine uni ako. He said that better for us med student to have tablets like Galaxy Note, Galaxy Tab, Ipad etc ( bukan tablet ubat tu ). Function pon lebih kurang sama cam laptop just lebih ringan & kecik. Boleh tulis nota and sebagainya dengan mudah je,setakat di hujung jari walau kat mana pon.
Having him said that, ini telah menjadi satu alasan untuk ako  merealisasikan hasrat ako yang memang lama dah cuma takde duit je. Memandangkan dah ada,so ako rasa mahu satu. Well,this is my dilemma.
Ako sebenarnya dah lama gak nak beli MacBook Air and I'm well aware of it's price. So pas ako congak2 ako kira ako tak kisah la kena topup sikit guna duit allowance gak,janji dapat laptop yg cun lagi slim tu.
Sampai mengigau ako  tau nak sangat benda alah tu as soon as I set my eyes on it. Memang ako ada laptop (bapak ako punya tapi buat harta) jadi pas ako beli ako ingat nak bagi balik la kat bapak ako.
Tapi sekarang ni ako dah curang pada MacBook untuk bersama saudaranya,Ipad 2.


Ipad 2


Ako rasa lebih baek ako beli Ipad 2,lagi ringan dan slim. Touch screen lagi tu. Kalo nak maen game, fuh gerak2 kiri kanan je benda tuh ( eh, silap. Untuk blaja act. Hehe) Harga pon RM1000++ kiranya lagi murah la kan, makna ako boleh la nak beli benda laen macam Iphone 4S ke. Ngeh ngeh.

Tapi ( tapi lagi ) ako berkenan gak ngan Galaxy Tab. Android kata orang lagi best. Plus dia support Adobe Flash so senang nak tengok certain video Youtube berbanding Ipad 2 ( nak tengok video educational la) Harga nak dekat lebih kurang sama just maybe la mahal sikit je. Saiz dan berat pon tak banyak beza ngan Ipad 2.
Galaxy Tab
And my last choice adalah Galaxy Note. Saiz dia memang lagi kecik dari Ipad 2 dan Galaxy Tab. Functions dia pon best gak. Boleh tulis nota and all. However, suprisingly, harga lagi mahal. Pelik tol.
Galaxy Note
Kalau ako beli salah satu tablets tersebut, ako mungkin ada lagi baki duit untuk beli smartphone ( Iphone 4S,Galaxy S etc.) atau printer for convenience.

So, macam mana? Mana satu yang ako patut beli? Ke patut ako simpan je duit tu untuk kegunaan laen in the future? Hmmm. dilema tol. Someone help me
And one more thing, I need to buy voice recorder to record the lectures. Easier meh. Tapi harga paling kurang pon RM100++. Ako ingatkan voice recorder murah je. PENAT tol la benda semua nak mahal. Duit ku terbang melayang....
Dont tell me that I just want something branded/expensive or anything, benda ni agak penting so tak salah kalau ako nak beli. Untuk kesenangan ako gak. I would know where's my limit and never abuse this privilege/chance.

Ok la. Bye2. Till then. Peace out.

Wednesday, 1 February 2012

Impossibility IS the Limit

Assalammualaikum, hi & annyeonghaseyo.
First of all, kamsahamnida/thanks kerana telah meng'klik' link blog yang tak semenggah ni.
Yup, ini adalah entry pertama untuk blog ni and no, this is not the first blog I ever run. Before this memang ada lagi satu blog tetapi telah dihapuskan atas sebab-sebab tertentu yang tiada kena-mengena dengan hal personal. 
Lemme' inroduce the proud? owner of this blog......
   Nama--- Athirah but please do refer me as 'the gorgeous' muahaha
   Umur--- Secret.   Takdela secret ehem. Muda lagi, baru mencecah 19 tahun
   Asal--- Seri Manjung terchenta di Perak ( feberet place )
   Schools--- -->SK & SMK Seri Manjung
                       --> MRSM Taiping ( da BEST ! )
                       -->Taylor's University Lakeside Campus (currently)
   Hobi--- 1) Meluncur internet
                 2) TUMBLRing
   Status--- Married  Engaged  Single and available


Hah, itulah sedikit sebanyak. Saje je nak kabo nanti karang tertanya-tanya pulok. Kalau tak puas hati, meh la sini ( ayat cari gaduh )
One more thing, kat universiti tukang jahit tu, I'm doing MBBS  yang membawa maksud  berangan nak jadi doktor la ni.
 Entah jadi ke idak. Doakanlah yek :)
Jangan pulak korang kata yang  ako ni kaya bebenor yang menggatal sangat masuk uni private ni. Sebenarnye, MARA yang sponsorkan masuk sini. Takde pilihan nak buat macam mana. Ingatkan nak masuk uni public ja. My program is called Skim Pelajar Cemerlang (SPC) which based on SPM Trial's result. Kiranya sebelum actual result pon dapat masuk uni tanpa berbayar. Muahahaha. Tapi program ni just untuk pelajar MRSM so sekiranya bukan,takdela rezeki ye. Jadi pada adik2 yang tengah pikir nak masuk asrama, pilihla MRSM. Pergi luar negara pon boleh kay (ceh, gaya nak promote MRSM pulak)


Are you wondering why I choose to be a doctor? Sebab pertama kenapa orang kena bekerja -- DUIT


Ako takdela berada sangat so makbapak kena sacrifice banyak untuk sampai ke sekarang ni, jadi terasa bertanggungjawab mahu membuat depa hidup senang bila depa dah tua nanti. However, my choice bukan semata-mata kerna uang ye. Frankly, I like Biology so much and love to explore much about HUMANS. So, tak salah nak channelkan minat ni kepada kerjaya. Reason terakhir yang cliché sangat adalah sebab nak berbakti pada masyarakat. Bila dah decide nak buat medik ni, timbul satu perasaan  bekobar-kobar nak tengok muka pesakit yang berjaya dirawat. I bet it's priceless.


Last but not least, blog ini adalah untuk meng'express'kan perasaan ako tak kisah la sedih ke happy ke and lagi satu sesaja nak luahkan my opinions or experiences.( bukan politik kay) So, hopefully takde sesape la yang sakit hati dengan blog ni. No haters, please. Tak semenggah pon blog ni nak ada haters.


Bye2. Till then. Peace out.


Glossary of the day:  ako---> saya/I/aku
                                      depa---> mereka/they